Tgk. Umar Rafsanjani Dianugerahkan Sandang Setia Bakti oleh Pertubuhan Kerabat Syarif Shah Kedah

Foto:Dok Ist

JBNN.Net | Dalam satu Majlis Silaturahim dan Penganugerahan Sandang Kebesaran Kerabat Syarif Abu Bakar Shah yang berlangsung dengan penuh adat dan tradisi di Kampung Gelong Rambai Tunjang, Jitra, Kedah, Tgk. Umar Rafsanjani telah dianugerahkan Sandang Setia Bakti atas jasa dan pengabdiannya sebagai pendakwah yang konsisten menjaga aqidah umat.

Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat Syarif Shah Tunku Long Putra Tunku Anjang Putra Negeri Kedah ini diadakan di kediaman Pak Ngah Syarif Zamri Bin Abdul Wahab, dan dihadiri oleh para kerabat diraja, alim ulama, serta tokoh masyarakat dari seluruh Kedah dan wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Penganugerahan ini diberikan kepada Tgk. Umar Rafsanjani sebagai pengiktirafan atas peran aktif beliau dalam berdakwah dan membimbing umat agar tetap mencintai sejarah, raja-raja Melayu, serta keturunan dan leluhur yang telah banyak berjasa dalam penyebaran Islam di tanah Melayu. Beliau juga dikenal sebagai pendakwah yang tidak menolak tradisi, tetapi membingkainya dengan nilai-nilai Islam, menjadikan warisan leluhur sebagai kekuatan dakwah dan pembinaan generasi.

Dalam kesempatan itu, wakil pertubuhan menyatakan,

“Sandang Setia Bakti ini adalah penghormatan kepada insan-insan yang setia berbakti bukan sahaja kepada agama, tetapi juga kepada bangsa dan warisan keturunan yang menjadi teras kekuatan tamadun Melayu-Islam.”

Ketika ini, Tgk. Umar Rafsanjani juga sedang dalam safari dakwah sempena sambutan bulan Muharram di beberapa daerah di Pulau Pinang dan Kedah, mengangkat tema “Menghidupkan Semangat Hijrah: Menyambung Warisan Umat dan Tamadun.”

Majlis ditutup dengan doa selamat dan jamuan adat, mempererat hubungan silaturrahim antara kerabat, alim ulama, dan masyarakat setempat.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *